Mengenai Sekolah Lestari

Definisi
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.


Objektif
- Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.
- Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.
- Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
- Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

Latar Belakang

Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah (SMTMS)  yang dulunya  dikenali sebagai SMVMS telah memulakan sesi persekolahan pada tahun 1993 dengan bilangan pelajar pertamanya seramai 179 orang iaitu 149 pelajar aliran vokasional dan 30 orang pelajar aliran Sijil  Kemahiran Malaysia (SKM). Pada tahun 1997, sekolah ini telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah(SMTMS).

SMTMS telah menempuh pelbagai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan kurikulum di peringkat daerah hinggalah ke peringkat kebangsaan. Pelbagai usaha telah dibuat untuk memajukan dan membangunkan SMTMS. Tidak ketinggalan usaha untuk memantapkan lagi peribadi insan. Usaha mewujudkan sekolah dalam taman yang  indah, asrama yang harmonis dan ceria serta berupaya melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan merupakan matlamat jitu setiap pendokong wawasan SMTMS.

Justeru, dengan tekad dan matlamat yang bukan hanya untuk melahirkan generasi pelajar yang cerdik dan berkebolehan sekolah ini turut menyimpan hasrat untuk menjadikan  warganya yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam. Ini kerana gabungan keharmonian alam dan persekitaran  memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana kondusif kepada warga sekolah seterusnya menjamin kecemerlangan sekolah.

STeMS  LESTARI
Slogan SMTMS sebagai sekolah Lestari

Ciri - Ciri  Pengurusan
- Mewujudkan visi dan misi pendidikan alam sekitar berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Menjadikan pendidikan alam sekitar sebahagian daripada perancangan kurikulum dan ko kurikulum tahunan sekolah.
- Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Lestari yang terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru, kakitangan sokongan dan wakil pelajar.

- Mewujudkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bahagian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan lain-lain agensi untuk pelaksanaan program-program pendidikan alam sekitar.
- Mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat sumber sekolah.

- Menyediakan sudut maklumat alam sekitar di bilik darjah dan kawasan tertentu sekolah.
- Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan. - Memberikan pendedahan mengenai nilai-nilai alam sekitar kepada ahli PIBG dan memperuntukan kewangan yang mencukupi dari tabung PIBG untuk membiayai program pendidikan alam sekitar.
- Menganjurkan bengkel, ceramah dan kursus alam sekitar kepada warga sekolah.
- Menganjurkan dan melaksanakan kempen kesedaran pendidikan alam sekitar.

- Mengadakan dan mengimplementasikan peraturan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar.
- Memastikan pihak pengusaha kantin melaksanakan amalan mesra alam dan menguruskan pelupusan bahan buangan secara terancang.

- Merancang, mengurus dan memantau pelupusan sisa buangan berbahaya/toksik seperti sisa-sisa makmal/bengkel/Ekonomi Rumah Tangga (ERT)/Kemahiran Hidup (KH) secara selamat melalui peraturan yang ditetapkan.
- Menyediakan laporan panitia untuk memastikan guru panitia melaksanakan pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum.

- Memberikan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar.
- Merancang aktiviti penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar.

Ciri-Ciri Kurikulum
􀁺 Menerapkan nilai-nilai pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P).
􀁺 Melaksanakan modul rancangan pengajaran dan pembelajaran alam sekitar merentas kurikulum.
􀁺 Menganjurkan program/bengkel/seminar untuk mendedahkan pendidikan alam sekitar kepada guru.


Ciri-Ciri Kokurikulum
􀁺 Melaksanakan aktiviti pendidikan alam sekitar dalam perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam/kelab/persatuan.
􀁺 Menganjurkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar.
􀁺 Menganjurkan permainan atau sukan bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau, Enviro-Hunt, Enviro-
Walk, Enviro-Bike dan lain-lain.
􀁺 Mengadakan Program Kitar Semula.


Ciri-Ciri Penghijauan 
􀁺 Program sekolah dalam taman/lanskap.
􀁺 Program penanaman menggunakan baja organik.
􀁺 Program satu pelajar satu pokok.
􀁺 Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesiesyang sesuai.
􀁺 Penandaan nama saintifik dan tempatan pada pokok.
􀁺 Projek membuat baja kompos.
􀁺 Penubuhan stesen pembelajaran.
􀁺 Penyelenggaraan kawasan padang.


No comments:

Post a Comment